"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 pekerja madrasah didakwa amang seksual kanak-kanak

FMT Reporters
TIGA lelaki itu ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi
l

PETALING JAYA: Tiga pekerja sebuah madrasah di Kuala Pilah yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 14 tuduhan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 20, dan Ahmad Nadzful Izham Azizan masing-masing berdepan lima, enam serta tiga pertuduhan, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, semua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit dengan kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah madrasah di Kuala Pilah.

Surita kemudiannya membenarkan ikat jamin RM12,000 untuk setiap tuduhan yang dihadapi setiap tertuduh dan menetapkan 30 Okt ini untuk lantikan peguam dan laporan kesihatan.

Minggu lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISB Holdings serta menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berumur setahun hingga 17 tahun.

Tiada ulasan: