FMT Reporters
Polis Muang Pattani berkata rakyat Malaysia berusia 20 tahun itu berada dalam kereta ketika kejadian berlaku berhampiran sebuah balai polis, pagi tadi.
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Malaysia antara tujuh mangsa cedera dalam kejadian letupan bom motosikal berdekatan balai polis Muang Pattani, selatan Thailand, hari ini.
Ketua Polis Muang Pattani Jeffery Sulaiman berkata kejadian 8 pagi itu berlaku selepas berakhir perbarisan di hadapan balai polis terbabit.
Menurutnya, enam orang sukarelawan pertahanan termasuk seorang lelaki warga Malaysia berusia 20 tahun cedera dengan ada diantaranya terkena serpihan.
“Ketika kejadian mangsa rakyat Malaysia itu berada dalam keretanya yang letak berdekatan dengan motosikal yang dipasang dengan bom.
“Mangsa menunggu bakal isteri warga Thailand yang sedang membuat laporan polis setelah pasport hilang,” katanya menurut Buletin TV3 sambil memaklumkan mangsa datang ke Pattani Sabtu lalu untuk menguruskan pernikahan.
Kesemua mangsa dirawat di Hospital Pattani.
Setakat ini belum ada mana-mana pihak mengaku mendalangi kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan