KOSMO!
BEBERAPA kru peenrbangan menyaksikan objek ganjil di langit malam. - Foto nbcmiami.com
NASSAU, Bahamas – Kru sebuah penerbangan ke Florida, Amerika Syarikat menyaksikan beberapa ‘bebola aneh’ bercahaya di langit pada waktu malam ketika pesawat terbang di sekitar Bahamas, lapor akhbar New York Post semalam.
Seorang pramugari syarikat penerbangan persendirian, Surjet mendakwa bahawa dia dan dua juruterbang melihat objek yang membuatkan mereka berasa kagum.
“Ia bermula dengan warna putih dan kemudian hijau,” kata pramugari tersebut, Cassandra Martin kepada saluran berita NBC Miami mengenai objek yang dilihatnya.
Cassandra mencari jawapan bersama dua juruterbang tersebut ketika mereka terbang ke Fort Lauderdale, Florida semasa pesawat kosong.
“Saya memandang ke kiri dan juruterbang melihat tiga objek terbang. Saya hanya ternampak satu objek dan melihat sama ada boleh merakam video mengenainya” katanya.
Objek itu mengekori pesawat selama 45 minit ketika ia terbang setinggi kira-kira 13,411 meter, katanya kepada NBC Miami.
Ketinggian objek itu dan pergerakannya yang tidak menentu menolak kemungkinan bahawa objek tersebut adalah dron atau belon cuaca. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan