Harapandaily
Para penganalisa politik berpendapat isu titah adendum yang digunakan oleh PN boleh memakan diri mereka.
Ini kerana kenyataan mereka boleh juga dianggap menyerang institusi iraja.
Pendekatan lantang PN dalam isu itu boleh memakan diri jika kritikan mereka dilihat oleh orang ramai sebagai bertentangan dengan institusi diraja, kata Hisomuddin Bakar dari Ilham Center.
“PAS dan PN mesti berhati-hati, kerana sebarang salah langkah boleh membawa kepada tuduhan mengganggu-gugat institusi diraja, yang dipandang tinggi oleh orang ramai,” katanya kepada FMT.
Kelmarin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa titah addendum telah dteria oleh Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Saleh kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Anwar berkata beliau mengelak daripada mengulas mengenai titah itu sebelum ini, kerana ia melibatkan kedua-dua Yang di-Pertuan Agong semasa dan pendahulunya, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah,
Penganalisa Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pua percaya Anwar menangani serangan PN dengan berkesan.
“Tidak banyak yang boleh dilakukan mereka dan sebarang kritikan lanjut boleh memakan diri. Tuduhan PN tentang kerajaan menyembunyikan titah adendum tidak lagi berdaya maju.
“Kerajaan Anwar telah menangani isu ini mengikut protokol dan kini PN tiada pilihan selain berdiam diri,” katanya.
“Pembangkang akan berada dalam bahaya secara tidak langsung mengkritik Agong ‘yang akan menjadi langkah berbahaya’ dengan mempersoalkan mengapa perintah tahanan rumah itu tidak dilaksanakan.”
UMNO pula menggunakan kaedah paling selamat agar Najib mendapat pengampunan penuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan