"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin dakwa presiden Umno dalangi pendakwaan

Shakira Buang

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyatakan rasa kesal dan sedihnya susulan pendakwaan rasuah ke atas ketua penerangannya, Wan Saiful Wan Jan dan seorang lagi pemimpin lain, hari ini.

Malah, bekas perdana menteri itu juga mendakwa pendakwaan yang dibuat terhadap Bersatu itu didalangi oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya rasa sedih kerana buat pertama kali Bersatu di bawa ke mahkamah.

“Kalau saudari ingat apa kenyataan yang dikeluarkan Presiden Umno (Ahmad Zahid), dia kata sekarang ini dia tuduh kami kluster mahkamah dan selepas ini akan adalah satu kluster baru, mahkamah juga.

“Itu dah macam satu perkara yang dah awal-awal dirancang. 

“Jadi, apa yang berlaku adalah satu perkara yang saya fikir sebagai presiden Bersatu yang dirancang dan terancang,” kata pengerusi PN itu ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut ahli Parlimen Pagoh itu, seterusnya menjelaskan bahawa setiap parti memerlukan dana untuk beroperasi dan ini termasuk dana daripada penyokong korporat.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga telah menerima dana daripada penyokong dan dia mempersoalkan mengapa pemimpin mereka tidak didakwa di mahkamah.

“Kami sebenarnya jangka ini akan dilakukan oleh kerajaan PH-BN untuk melemahkan Bersatu selepas melihat sokongan yang semakin meningkat kepada Perikatan Nasional,” katanya.

Tiada ulasan: