"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wan Saiful akan didakwa di mahkamah esok kes Jana Wibawa

Alyaa Alhadjri & Hariz Mohd

SPRM dijangka akan mendakwa Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan esok ketika agensi itu menyiasat kewangan parti.

Sumber SPRM mengesahkan ahli parlimen Tasek Gelugor itu telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah esok berhubung inisiatif Jana Wibawa.

Beberapa sumber Bersatu pula mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Wan Saiful telah pergi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini untuk membantu siasatan.

Satu sumber berkata dia telah pergi ke SPRM pada jam 8 malam dan tidak dapat dihubungi sejak itu.

Tiada ulasan: