"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ular tedung masuk rumah PM

Bernama

KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long, Kajang, malam ini.

Koperal Pertahanan Awam Hulu Langat, Mior Norazlan Safian, berkata empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.33 malam.

“Kejadian disedari seorang daripada lima anggota keselamatan sedang bertugas di pondok tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, anggota APM berjaya menangkap ular seberat 800g dengan panjang kira-kira satu meter itu dengan menggunakan peralatan khas.

Tiada ulasan: