"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jana Wibawa: Adam Radlan turut didakwa

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah atas dakwaan meminta dan menerima rasuah RM500,000 berhubung program Jana Wibawa.

Dia membuat pengakuan itu selepas dua tuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Bagi tuduhan pertama, Adam didakwa meminta suapan wang tunai 3.5% hingga 7% daripada nilai projek diperoleh daripada Pengarah Urusan MIE Infrastruktur dan Energy Sdn Bhd Mat Jusoh Mamat sebagai dorongan mendapat surat setuju terima bagi projek Jana Wibawa.

Bagi tuduhan kedua pula, Adam didakwa menerima rasuah sebanyak RM500,000 daripada Mat Jusoh sebagai upah mendapatkan sebuah projek pembinaan jalan bernilai RM47.8 juta.

Kedua-dua tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum bawah Seksyen 24 (1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Suzana kemudian menetapkan ikat jamin RM120,000 untuk Adam, dengan dua orang penjamin.

Beliau juga mengenakan syarat tambahan untuk Adam menyerahkan pasport sehingga kes selesai dibicarakan.

Selain itu, hakim juga memerintahkan Adam melapor diri kepada SPRM setiap bulan sehingga tarikh perbicaraan.

Tarikh sebutan kes ditetapkan pada 23 Mac.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan meminta dibicarakan atas dakwaan menerima rasuah hampir RM7 juta berhubung program Jana Wibawa.

Semalam, Wan Saiful dan ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad ditahan SPRM bagi siasatan berhubung Jana Wibawa.

Tiada ulasan: