"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembantu Ahli Parlimen pakai skirt 'pamer' paha di arah keluar

Fahmy A Rosli

fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai pembantu kepada Ahli Parlimen dari Sarawak ditegur kerana berpakaian tidak mematuhi kod etika ditetapkan ketika berada dalam kawasan Parlimen.

Difahamkan wanita berkenaan kali pertama hadir ke Parlimen.

Wanita itu ditegur kerana memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya.

Beliau ditegur seorang lelaki yang berjawatan dipercayai Ketua Keselamatan Parlimen sambil meminta wanita itu keluar dari bangunan Parlimen kerana mengenakan pakaian tidak sepatutnya.

Wanita itu diberi pilihan jika mahu kekal berada dalam bangunan Parlimen dengan menukar skirt dipakainya.

Jelas pegawai Parlimen berkenaan, skirt wanita berkenaan bertentangan dengan protokol ditetapkan Parlimen.

Mengikut garis panduan Kod Etika Berpakaian Parlimen Malaysia, pegawai wanita perlu memakai gabungan '2 pieces' atau '3 pieces' suit yang terdiri daripada kot, kemeja, skirt bawah paras lutut atau skirt labuh mahupun berseluar panjang.

Panduan sama turut menetapkan sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang yang dibutangkan, manakala pilihan warna sut skirt atau seluar panjang digalakkan berwarna hitam atau gelap.

Selain itu, garis panduan berkenaan juga membenarkan pemakaian pakaian kebangsaan 

Tiada ulasan: