"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaduh di pusat hiburan, 2 lelaki ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah pusat hiburan di Jalan Nusa Bestari 7/2, Taman Nusa Bestari, Skudai, Johor semalam.

Ketua Polis Iskandar, Rahmat Ariffin, berkata kejadian itu tular menerusi media sosial pada 4 pagi dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan mulut ketika mereka sedang minum di pusat hiburan tersebut.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, kedua-duanya berjaya diberkas di sekitar Larkin pada 12.10 tengah malam tadi.

“Hasil soal siasat, mereka mengaku terlibat dalam kes pergaduhan dan mengatakan kejadian mula berlaku di dalam sebuah pusat hiburan.

“Kedua-duanya adalah kenalan dan pergaduhan berlarutan sehingga ke luar pusat hiburan tersebut,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, pergaduhan itu turut melibatkan lima individu lain dan polis masih mengesan mereka itu.

“Polis menggesa orang ramai menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat mengenainya tampil memberikan keterangan,” katanya.

Rahmat berkata, kedua-dua lelaki itu direman hingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular video berdurasi tujuh saat di media sosial memaparkan sekumpulan individu bergaduh dengan seorang daripadanya tidak memakai baju terbaring di tengah jalan.

Tiada ulasan: