"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat penemuan 13 al-Quran dalam longkang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang Kuala Lumpur, jam 6.30 petang semalam sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata seorang wanita tempatan, yang jua Ahli Kesatuan Nelayan Kebangsaan, membuat laporan polis pada jam 11.32 pagi tadi dengan memaklumkan beliau menemukan beberapa naskah kitab suci itu di dalam longkang.

“Hasil siasatan mendapati saksi itu sedang beriadah bersama suaminya telah ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan tasik dan hasil pemerhatiannya mendapati senaskah al-Quran dalam keadaan terbuka dan telah terkeluar dari beg tersebut.

“Kemudian, saksi telah meminta bantuan daripada seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali berada berhampiran dengannya untuk membawa naik beg itu dan kesemua naskah al-Quran terbabit telah dibawa keluar dan dihantar ke Masjid Annas Kampung Selayang Lama untuk disimpan,” katanya dalam kenyataan.

Beh berkata, kes itu telah disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan apa-apa benda dipegang suci dengan tujuan untuk mengaibkan agama dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama.

Beh menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kebimbangan serta menjejaskan ketenteraman awam terutama kepada masyarakat umum.

Katanya, polis telah membuat semakan di platform media sosial TikTok di pautan https://vt.tiktok.com/ZS8mYtW4L/ dan mengesahkan bahawa terdapat satu hantaran berkaitan dengan aduan yang dilaporkan oleh saksi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206,” katanya.

Tiada ulasan: