"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa cerita cabar tanpa bukti, speaker enggan layan kelakuan PAS

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka enggan melayan kelakuan PAS, yang mencabar beliau mengisytiharkan kekosongan di DUN Rembia.

Menurut Ibrahim Durum, mengisytiharkan kekosongan kerusi harus tertib mengikut proses tertentu.

Beliau menjelaskan Adun Muhamad Jailani Khamis patut bertemu beliau atau menghantar surat berkenaan keahlian partinya.

Saya baru dengar khabar angin. Bukti tak ada, katanya kepada FMT.

Terdahulu, Timbalan Exco Khaidhirah Abu Zahar mendedahkan Jailani yang didakwa sertai PAS tahun lalu, dianggap dalam blok kerajaan pada sidang terakhir Dewan Undangan Negeri minggu lalu.

Pendedahan itu menyusuli pengumuman PAS di Parlimen kelmarin bahawa permohonan Jailani untuk menyertai PAS diterima pada Jun 2023.

Namun menurut Khaidhirah, pihaknya tidak tahu Jailani menyertai PAS sebelum pengumuman tersebut.

Setakat 9 Sept tahun lalu media melaporkan Jailani sebagai ahli Umno, apabila lembaga disiplin parti mengesyorkan beliau digantung keahlian.

Dalam pada itu, Ibrahim membidas PAS kerana membuat pengumuman berhubung seorang Adun Melaka di Parlimen, dan bukannya di Dewan Undangan Negeri.

Apa cerita mencabar-cabar ini… kalau cabar-cabar saya minta PAS tunjukkan keahlian Jailani sejak bila, katanya kepada FMT.

Ibrahim menambah Jailani sudah mengatur pertemuan dengannya.

Jailani berhubung dengan saya, dia nak jumpa Jumaat ini di pejabat saya, katanya.

Tiada ulasan: