"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis trafik trafik cedera parah dilanggar pemandu mabuk

Bernama
Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai di sini, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di KM3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini pagi tadi.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, anggota lelaki berusia 30-an itu mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan.

Beliau berkata kemalangan tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa yang bertugas di IPD Johor Bahru Selatan sedang membuat kawalan lalu lintas susulan kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas di lorong kanan tempat kejadian.

“Bagaimanapun, ketika proses penundaan dilakukan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah belakang mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri sebelum melanggar anggota berkenaan yang sedang berdiri di sebelah kiri trak tunda.

Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke atas cermin hadapan kereta Proton Wira tersebut dan kemudian melambung sebelum terjatuh di tengah jalan, katanya dalam kenyataan .

Bagaimanapun, Raub berkata pemandu kereta iaitu lelaki tempatan berusia 30-an hanya mengalami luka pada tangan kiri.

“Hasil ujian pernafasan ke atas pemandu tersebut mendapati dia positif alkohol, manakala ujian saringan air kencing pula negatif daripada sebarang jenis dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) (B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan, katanya.

Beliau berkata pihaknya meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian itu agar tampil ke IPD Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122.

Tiada ulasan: