"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akmal selar PAS: Marah ‘katak politik’ tapi terima Adun Umno

Faiz Zainudin

Ketua Pemuda Umno mempertikaikan tindakan PAS berdiam diri dan menerima Adun Rembia Muhamad Jailani Khamis menyertai parti itu.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mempersoalkan tindakan PAS menerima Adun Rembia, Muhamad Jailani Khamis selepas membantah keputusan speaker Dewan Rakyat mengekalkan kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“…kalau seminggu yang lepas (mereka) cukup marah dengan tindakan katak-katak politik dari PN (Perikatan Nasional) melompat ke kerajaan.

Tapi hari ini PAS sanggup berdiam diri dan menerima katak politik menyokong mereka. Jadi, mana pendirian PAS dalam isu ini? katanya kepada FMT.

Rabu lalu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengesahkan Bersatu menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul menolak permohonan parti itu mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimennya menyokong Anwar.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Susulan itu, beberapa pemimpin PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan keputusan Johari mengekalkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu itu bercanggah Perlembagaan dan apa gunanya menggubal akta antilompat parti, tetapi tidak mempraktikkannya.

Hari ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengumumkan Jailani yang juga wakil rakyat digantung keahlian Umno, diterima menyertai parti itu pada 10 Jun 2023, sebelum akta antilompat parti dikuatkuasakan di Melaka.

Jailani menyertai Umno pada Jun 2021 selepas meninggalkan PKR.

Akmal berkata, tindakan Jailani menyertai PAS tidak memberi kesan langsung kepada Umno Melaka dan parti itu sedia berdepan PAS dan PN, jika PRK diadakan di DUN Rembia.

Kita jumpa di PRK Rembia, kata Adun Merlimau itu.

Tiada ulasan: