"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PATI yang bekerja sebagai pemandu pelancong kena penjara, sebat kes cabul gadis 17 tahun ketika 'snorkeling'

Abdul Rahemang Taiming
bhnews@bh.com.my
Bara Madasah dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini. - NSTP/Abdul Rahemang Taiming
Bara Madasah dikawal polis ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini. - NSTP/Abdul Rahemang Taiming
TAWAU: Seorang pemandu pelancong didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun ketika aktiviti snorkeling di perairan Pulau Kapalai di Semporna, minggu lalu.

Bara Madasah, 18, yang dihadapkan di hadapan Hakim Rosli Ahmad dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, remaja perempuan berkenaan datang melancong ke beberapa pulau dan pusat peranginan di Semporna bersama keluarganya dari Klang Selangor, menggunakan khidmat ejen pelancongan.

Ketika aktiviti snorkeling pada 3 Julai, tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa pada jam 1.49 tengah hari dan perbuatan itu turut dirakam kamera dibawa remaja berkenaan.

Mangsa tidak selesa dengan perbuatan tertuduh kemudian menegur tindakan pemuda terbabit, namun tidak diendahkan sebelum dia memaklumkan kepada ahli keluarganya dan selepas itu membuat laporan polis.

Bara mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun berkuat kuasa dari tarikh ditangkap pada 4 Julai dan dua sebatan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan pengusiran ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman. Pendakwaan kes dikendalikan Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin.

Tiada ulasan: