"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Vending machine’ jual peluru makin popular

KOSMO!
MESIN layan diri menjual peluru ini ditempatkan di tiga negeri AS. -- AGENSI
WASHINGTON – Mesin layan diri menjual peluru senjata api kini semakin banyak ditempatkan di pasar raya dan kedai runcit di negeri Alabama, Texas dan Oklahoma, lapor saluran berita CNN.

Mesin layan diri milik syarikat American Round itu menggunakan teknologi kepintaran buatan(AI) untuk memeriksa pengenalan pelanggan dan perisian pengecaman wajah bagi  mengenal pasti identiti mereka.

AI yang digunakan boleh mengenal pasti usia pelanggan dan identiti mereka.

Setiap mesin layan diri itu menjual peluru untuk pelbagai jenis senjata api termasuk raifal, senapang patah dan pistol, demikian menurut American Rounds.

Ketua Pegawai Eksekutif American Rounds, Grant Magers berkata, syarikat itu menempatkan mesin layan dirinya yang pertama di Alabama pada November tahun lalu.

“Mesin layan diri kami tidak banyak berbeza dengan mesin layan diri yang menjual barangan lain,” kata Magers. – AGENSI 

Tiada ulasan: