"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami intai isteri curang guna dron, terkejut apabila mendapati teman lelaki isterinya ialah majikan wanita itu sendiri

KOSMO!
Zhang terkejut apabila mendapati teman lelaki isterinya ialah majikan wanita itu sendiri. – Sanook
BEIJING – Seorang suami di wilayah Hubei nekad menggunakan sebuah dron untuk memantau pergerakan isterinya setelah mengesyaki wanita itu berlaku curang , lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Menurut lelaki berkenaan yang  dikenali sebagai Zhang, dia terkejut melihat rakaman dron mendedahkan bahawa isterinya berlaku curang dengan majikan wanita itu sendiri.

Zhang berkata, mereka sudah berkahwin selama 10 tahun, manakala isterinya taat kepadanya.

Namun, wanita tersebut mula bersikap dingin terhadapnya pada tahun lalu, menyebabkan Zhang berasa curiga.

Kata Zhang, isterinya sering tiada di rumah dan memberi alasan bahawa dia pergi ke rumah ibu bapanya.

Selepas diyakinkan oleh rakan-rakan, Zhang nekad untuk mengintip tindak-tanduk isterinya menggunakan dron.

Suatu hari ketika isterinya memberi alasan berkunjung ke rumah ibu bapa, Zhang mengekori wanita itu dan melihat dia memasuki sebuah kereta berwarna hitam.

“Saya dengan pantas mengekori kereta hitam itu sehingga ke sebuah kawasan pergunungan yang sunyi.

“Saya memasang dron dan mengekori isteri yang memasuki sebuah binaan terbiar bersama seorang lelaki,” kata Zhang.

Tambahnya, mereka berada di dalam binaan itu untuk satu tempoh yang agak lama sebelum kedua-duanya keluar.

“Ketika mereka keluar, saya terkejut apabila mendapati lelaki itu ialah Wang iaitu majikan isteri,” ujarnya.

Zhang berhasrat untuk menceraikan isterinya, namun wanita itu menolak dengan alasan dia masih menyayangi suaminya itu.

Namun Zhang berkata, dia nekad untuk berpisah dan enggan kembali kepada isterinya. – AGENSI 

Tiada ulasan: