"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peniaga pasar malam mengaku tak salah rogol, amang seksual pelajar OKU

FMT Reporters

Lim Khim Tai, 47, membuat pengakuan itu terhadap 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Muar hari ini

PETALING JAYA: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas 11 pertuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun antara Mac hingga Mei lalu.

Tertuduh yang juga peniaga pasar malam, Lim Khim Tai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa atas tiga pertuduhan merogol dan enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang mempunyai kecatatan mental itu kira-kira 8 pagi di bilik tidur sebuah rumah di Jalan Temenggong Ahmad.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 8 Mac hingga 24 Mei lalu.

Dakwaan terhadap pertuduhan rogol dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan amang seksual, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen 14 (b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir tidak menawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh yang merupakan kenalan bapa mangsa akan mengganggu mangsa yang kini hamil lima bulan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 18 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.

Tiada ulasan: