"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis rakam percakapan 7 individu kes Nur Farah Kartini

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

TANJUNG MALIM – Polis telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan kes kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, antara individu yang telah diambil keterangan ialah rakan sekerjanya serta wanita yang menyewa kereta pada hari kejadian.

Sebelum ini, media melaporkan seorang gadis, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, hilang sejak kelmarin dengan lokasi akhirnya di Taman Universiti di sini.

Nur Farah Kartini disedari hilang pada 10 Julai lalu sebelum laporan polis dibuat keesokan harinya.

Wanita berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya.

Kehilangan mangsa disedari selepas dia gagal masuk ke pejabat dan kali terakhir dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: