"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suspek bunuh Nur Farah kerana diugut mahu dedah hubungan sulit'

Malaysiakini 

Bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dipercayai dibunuh kerana mengugut untuk mendedahkan hubungan sulitnya kepada isteri suspek.

Menurut Berita Harian Online yang memetik sumber, konflik percintaan antara suspek dan Nur Farah Kartini berlarutan selepas mangsa mendesak suspek supaya berkahwin dengannya.

"Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

"Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan.

“Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan dalam parit berhampiran mayat ditemui," kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan mengesahkan kes pembunuhan Nur Farah Kartini yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam, adalah seorang anggota polis.

Bernama memetik Hussein sebagai berkata suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga teman lelaki mangsa, ialah seorang anggota yang bertugas di sebuah balai polis di Perak.

"Ya saya sahkan dia seorang anggota polis dan bertugas di Perak," katanya.

Susulan itu, polis telah mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor, pagi tadi.

Utusan Malaysia pula memetik Hussein sebagai berkata, siasatan polis terhadap motif pembunuhan itu akan dilakukan secara menyeluruh.

Katanya, tiada sebarang senjata dirampas di lokasi mayat Nur Farah Kartini ditemukan.

“Setakat ini, proses bedah siasat masih lagi berjalan bagi mengetahui punca kematiannya.

“Ketika Nur Farah Kartini ditemukan, keadaan mayat sudah hampir reput kerana telah meninggal dunia beberapa hari.

“Jadi, tidak dapat dipastikan kecederaan yang ada,” katanya lagi.

Tiada ulasan: