"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Insiden tembakan yang mencederakan Trump, suspek terbunuh

AFP
PENYOKONG Trump selepas insiden tembakan ketika berkempen Butler, Pennsylvania. FOTO AFP
PENYOKONG Trump selepas insiden tembakan ketika berkempen Butler, Pennsylvania. FOTO AFP
Washington: Suspek yang dipercayai mencederakan calon presiden Republikan, Donald Trump ketika sedang berkempen dilaporkan sudah mati, lapor media Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, bersama seorang penonton.

"Peguam Daerah Butler County Richard Goldinger berkata dua orang maut, termasuk seorang penembak," lapor The Washington Post.

ABC News memetik Goldinger sebagai berkata, penonton kedua juga mungkin terkena tembakan.

Tiada ulasan: