"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pertanyaan buat walaun: Gelombang Selamatkan Malaysia atau “gelombang selamatkan anak menantu”

Gelombang Selamatkan Malaysia dipermainkan netizen

SITI NUR ZAWANI

Gelombang selamatkan Malaysia diadakan malam kelmarin oleh pembangkang tidak mendapat sambutan memberangsangkan dari orang luar.

Hantaran Facebook berupa poster yang diuar-uarkan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari mengenai program itu, hanya mengundang kecaman pengguna media sosial.

Mereka mengumpamakan program itu sebagai “gelombang selamatkan anak menantu”.

Ia rentetan daripada kes menantu kepada beberapa pimpinan tertinggi PN yang terpalit dengan kontroversi penyelewengan.

Beberapa foto program tersebut yang berlangsung di sebuah dewan beredar di media sosial. 

Penyokong mengatakan program itu “full house”, dihadiri orang ramai sehingga memenuhi dewan.

Namun melihat jumlah kehadiran yang dikatakan sekitar 200 orang sahaja, netizen mengatakan ia seperti perjumpaan ahli-ahli Pas.
Ketika ini peranan pembangkang yang mahu “selamatkan Malaysia” dipersoal kerana kumpulan itu lebih banyak meninggalkan sidang Parlimen ketika isu-isu besar berlaku.

Mereka tidak berbahas dengan baik, malah ketua pembangkang sering dilabel ‘lemau’ kerana tidak berani berhadapan dengan Perdana Menteri sewaktu sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

Seorang penyokong tegar BN berkata, ceramah kelmarin langsung tidak menyentuh tentang usaha menyelamatkan Malaysia, tetapi banyak menyerang UMNO.

“Aku tengok ceramah himpunan Gelombang Selamatkan Malaysia semalam bukan pasal nak selamatkan Malaysia pun. 

“Semua berceramah dok mengata kat UMNO saja. Semua cerita terkini dalam UMNO depa dok jaja malam tadi (kelmarin). 

“Obses betul depa dengan UMNO. Crowd (hadirin) pun tak ramai. Sedih,” ciap individu bernama Tun Carlos.

Tiada ulasan: