"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas pegawai kanan penjara ditahan songlap dana kerajaan

KOSMO
Suspek ditahan kerana didakwa menyalahgunakan dana untuk kegunaan peribadi. - Khaosod
BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang bekas pegawai kanan Jabatan Penjara kerana dituduh menggelapkan wang dana kerajaan berjumlah 10 juta baht (RM1.3 juta), lapor laman berita Thaiger semalam.

Pornchai Paripreecha, 36, merupakan bekas pegawai kewangan di Institusi Pemulihan Pertanian dan Perindustrian Khao Prik. 

Siasatan mendedahkan bahawa suspek yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap belanjawan bulanan dan pengeluaran tunai untuk penjara, telah menyalahgunakan dana untuk kegunaan peribadi.

Aktiviti penipuannya dilaporkan bermula pada pertengahan 2023 dan berterusan sehingga Julai lalu, di mana dia menggelapkan lebih 10 juta baht.

Sebelum melarikan diri, suspek didakwa menceroboh pejabat warden untuk mencuri dan memusnahkan rekod kewangan.

Siasatan lanjut mendapati bahawa dia mempunyai lebih 10 akaun bank dan kerap menukar nombor telefonnya untuk mengelak daripada ditangkap.

Suspek bersembunyi di sepanjang sempadan di wilayah Mukdahan, malah telah menukar namanya untuk mendapatkan pasport bagi menyeberang ke Laos.

Selepas ditangkap, suspek menafikan semua pertuduhan dan enggan memberikan sebarang maklumat.

Siasatan mendapati, dia mempunyai ramai isteri dan telah memindahkan sebahagian besar wang yang dicuri kepada mereka. – AGENSI 

Tiada ulasan: