"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan tiga beradik bantu siasatan kes dera, seksual pelajar tahfiz

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan tiga beradik bagi membantu siasatan kes empat pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah yang dipercayai menjadi mangsa dera dan seksual.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki berusia 13 hingga 20 tahun itu ditahan di kediaman mereka kelmarin.

Menurutnya, ketiga suspek belajar di pusat tahfiz sama dengan mangsa.

"Suspek berusia 20 tahun direman sehari manakala suspek kedua dan ketiga tidak direman kerana bawah umur.

"Ketiga-tiga suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis jam 7 malam selepas keterangan mereka dirakam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Harian Metro semalam melaporkan, polis mengesahkan terdapat kesan kecederaan terhadap empat pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu dipercayai menjadi mangsa dera dan seksual.

Mangsa yang ditemui di Bangi, Selangor, pada Khamis lalu didapati mempunyai kesan kecederaan selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tiada ulasan: