"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM tahan semula ahli perniagaan dikaitkan dengan ahli politik

Hariz Mohd

Ahli perniagaan yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Khamis lepas berhubung dakwaan skandal rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) telah ditahan semula hari ini.

Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, individu itu ditahan semula selepas perintah reman berkenaan kes pertama tamat hari ini.

“Pegawai penyiasat memutuskan untuk menahan semula ahli perniagaan itu kerana menerima maklumat dia mungkin terlibat dalam satu lagi kes rasuah.

“Kes kedua juga ada kaitan dengan MBI, tetapi membabitkan projek lain di bawahnya,” kata sumber dari dalam SPRM itu.

Suspek didakwa menerima rasuah daripada syarikat lain selepas berjaya mendapatkan kontrak berkaitan MBI.

Menurut sumber, SPRM masih menyiasat jika kes kedua mempunyai kaitan dengan ahli politik terkenal, yang dipercayai terlibat dalam skandal lain.

Suspek pada mulanya ditahan selepas SPRM menyerbu sebuah unit pangsapuri di Kuala Lumpur pada 12 Okt, yang disyaki agensi anti rasuah itu dijadikan sebagai "safe house" yang digunakan oleh ahli politik terkenal itu untuk menyimpan wang secara haram.

Pada masa itu, sumber berkata siasatan awal mendedahkan bahawa ahli perniagaan itu menyewa unit pangsapuri itu untuk menyimpan wang bagi ahli politik berkenaan.

Tiada ulasan: