"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasib baik masih belum jadi suami

Lelaki mengaku salah tampar kekasih kerana ditegur tak balas mesej
FMT Reporters

Muhamad Nurhaqimi Harun yang mengaku bersalah mencederakan teman wanitanya itu didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat.
PETALING JAYA: Seorang penjaga stor didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor selepas mengaku bersalah menampar teman wanitanya kerana ditegur tidak membalas mesej ‘good morning sayang’ pada Khamis lalu.

Majistret Suhaila Shafi’uddin menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, yang mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan, lapor Harian Metro.

Beliau juga memerintahkan tertuduh dihukum penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Nurhaqimi didakwa mencederakan teman wanitanya berusia 20 tahun di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal, pada jam 12.15 tengah hari, 10 Okt lalu.

Nurhaqimi didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika wanita itu menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.

Pasangan itu dikatakan bertengkar selepas wanita itu tidak berpuas hati mesej ‘good morning sayang’ yang dihantarnya kepada tertuduh menerusi WhatsApp tidak dibalas.

Tertuduh yang berang bertindak menampar pipi kiri wanita itu hingga cedera. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail sebelum membuat laporan IPD Batu Pahat.

Tiada ulasan: