"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjenayah rempuh kereta polis, 7 das tembakan dilepas

Bernama

Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat lelaki bertindak merempun kenderaan peronda ketika hendak ditahan.

Polis sedang giat memburu suspek susulan kejadian merempuh kereta peronda di Serendah pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Polis melepaskan tujuh das tembakan terhadap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat penjenayah setelah mereka cuba merempuh kereta peronda semasa melarikan diri daripada pemeriksaan di Serendah awal pagi tadi.

Ketua Polis Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim berkata dalam kejadian pada 2.41 pagi itu, pegawai polis daripada cawangan kereta peronda IPD Hulu Selangor cuba menahan sebuah kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan.

“Bagaimanapun, ketika hendak ditahan, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki oleh empat lelaki itu telah bertindak merempuh kenderaan peronda sehingga membahayakan nyawa pegawai polis bertugas.

Ekoran itu, polis terpaksa melepaskan tujuh das tembakan ke arah kenderaan berkenaan. Semua suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan yang dinaiki di tempat kejadian, katanya dalam kenyataan.

Pemeriksaan terhadap kenderaan yang ditinggalkan suspek, polis menemukan sebilah parang, sebilah sabit, satu unit kuku kambing, pemutar skru, dan tukul besi.

“Polis kini sedang giat memburu semua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohamad Azraai Firdaus Rosli di 03-60641223 atau IPD Hulu Selangor 03-60651021 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan: