"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ini senarai ahli keluarga pimpinan Pas yang sokong PMX

Seronoknya walaun adik Zahid masuk Pas, ini senarai ahli keluarga pimpinan Pas yang sokong PMX
Harapandaily

Penyokong Pas yang juga digelar walaun dilihat begitu seronok dengan penyertaan adik kepada Presiden UMNO, Datuk Abdul Hakim Hamidi dalam parti komponen Perikatan Nasional itu.

Kegembiraan mereka itu turut menarik perhatian Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar yang juga bekas Naib Presiden Pas.

“Walaun terkinja-kinja…,” komennya ringkas di media sosial disusuli dengan emoji ketawa.

Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena berkenaan juga berkongsikan senarai antara ahli keluarga pimpinan Pas yang kini sudah menyokong perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka terbabit adalah adik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Saidi Adnan Md Nor.

Saidi Adnan merupakan mantan Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak selain aktif sebagai penceramah bebas dan guru agama di Kedah.

Turut menyokong Kerajaan MADANI ialah anak Yang Dipertua Pas Pusat (1982-1989) dan Mursyidul Am Pas (1987-1995), Tuan Guru Haji Yusuf Abdullah Rawa iaitu Senator Datuk Seri Dr Mujahid yang kini Timbalan Presiden AMANAH.

Anak Presiden Pas (1989-2002), Datuk Fadzil Mohd Noor dan anak Mursyidul Am Pas (1994-2015), Datuk Nik Aziz Nik Mat juga menyokong kerajaan kini yang diterajui PMX.

Tiada ulasan: