"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjenayah rakyat Malaysia bersembunyi di Dannok, Thailand ditahan

Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bh.com.my
Tangkapan ke atas suspek berusia 32 tahun itu hasil kerjasama antara PDRM dengan pihak berkuasa Thailand Isnin lalu selepas suspek dikesan bersembunyi di sebuah hotel.  - Tangkap layar video tular
Tangkapan ke atas suspek berusia 32 tahun itu hasil kerjasama antara PDRM dengan pihak berkuasa Thailand Isnin lalu selepas suspek dikesan bersembunyi di sebuah hotel. - Tangkap layar video tular
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki rakyat Malaysia yang melarikan diri dan bersembunyi di Dannok, Thailand selepas terbabit dalam kes mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Tangkapan ke atas suspek berusia 32 tahun itu hasil kerjasama antara PDRM dengan pihak berkuasa Thailand Isnin lalu selepas suspek dikesan bersembunyi di sebuah hotel.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata maklumat diterima Unit Risikan Sempadan (URS) Zon Utara daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berkaitan suspek yang melarikan diri dan bersembunyi di Thailand.

Menurutnya, hasil semakan dan risikan mendapati suspek masuk ke Thailand pada jam 6.42 pagi 11 Oktober lalu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

"Suspek masuk dengan menaiki kereta Perodua Myvi warna kelabu bersama seorang lelaki dan wanita dan menginap di sebuah hotel di Dannok, Thailand.

"Maklumat yang diperolehi kemudian disalurkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk menahan dan mengusir suspek keluar dari negara itu berdasarkan rekod orang dikehendaki ke atasnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, hasil kerjasama URS Zon Utara dan pihak berkuasa Thailand, suspek berjaya ditahan di hadapan sebuah kedai di pekan Dannok pada jam 6.30 petang.

"Suspek kemudian diusir keluar ke Malaysia setelah selesai dokumentasi oleh pihak berkuasa Thailand.

"Pasukan Balai Polis ICQS Bukit Kayu Hitam kemudian menahan dan menangkap suspek di pintu sempadan ICQS sebelum ditahan di balai sementara menunggu Pasukan JSJ IPK Selangor sampai untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, suspek dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: