"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak maut dipercayai didera, suami isteri ditahan

Erika George
am@hmetro.com.my

Bintulu: Suami isteri ditahan polis di kediaman mereka di Sungai Setiam di sini, hari ini, disyaki mendera anak lelaki mereka sehingga maut.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pasangan warga tempatan 28 dan 34 tahun itu ditahan reman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pada 7.50 malam Selasa lalu, polis menerima aduan berkaitan kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tujuh bulan di Hospital Bintulu, yang disyaki didera.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan menemui unsur penderaan pada tubuh mangsa dengan kesan kecederaan pada bahagian pinggang dan kepala.

"Siasatan juga mendapati mangsa dipercayai didera ibu tirinya di rumah mereka di Sungai Setiam," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyerbar berita tidak benar mengenai kejadian.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu ASP Mohamad Hashim Kasman di talian 011-15377837 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Tiada ulasan: