"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditahan disyaki rogol cucu

Datuk disyaki rogol cucu ditahan
Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my

AZIZI (Tengah) pada sidang media di IPK Perak. FOTO L Manimaran
Ipoh: Seorang pembantu kedai makan ditahan kerana disyaki merogol cucu tirinya yang berusia 14 tahun di sini, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, penahanan suspek lelaki yang berusia 51 tahun itu dibuat selepas ibu saudara mangsa membuat laporan pada jam 7.56 malam tadi.

"Suspek disyaki merogol mangsa di dalam kereta di parkir sebuah restoran makanan segera dekat Klebang, di sini, pada 25 Mei lalu.

"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait Seksyen 454 Kanun Keseksaan pada 2004 iaitu kes curi.

"Suspek direman tujuh hari sehingga 20 Oktober dan kes disiasat Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azizi berkata, pihaknya menunggu siasatan IPK Kuala Lumpur sebelum mengambil tindakan gantung tugas ke atas pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman.

Pegawai yang berkhidmat di Perak itu ditahan JIPS ketika bersekedudukan.

Tiada ulasan: