"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas tunggang basikal elektrik maut dilanggar kereta

Bernama

JEMPOL: Seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun yang menunggang sebuah basikal elektrik, maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di KM5 Jalan Bahau-Kemayan, semalam.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata kejadian kira-kira 5.50 petang itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba datang sebuah basikal elektrik ditunggang mangsa dari arah kiri di hadapan SMK Bahau 2, hendak melintas ke kanan jalan untuk ke Taman Sri Mahsan.

Susulan itu dipercayai berlaku pelanggaran di bahagian sisi kanan basikal elektrik tersebut di laluan utama kereta, katanya dalam satu kenyataan.

Hoo berkata akibat kemalangan tersebut, penunggang basikal elektrik meninggal dunia di tempat kejadian, kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Tiada ulasan: