"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Treler angkut buaya, harimau terbalik, jaga-jaga

KOSMO!
SEBUAH treler terbalik menyebabkan dua ekor buaya menyelinap keluar. - Foto The Munsif Daily
NEW DELHI – Dua ekor buaya ditangkap semula selepas menyelinap keluar dari sebuah treler terbalik yang membawa beberapa haiwan liar di daerah Nirmal, negeri Telangana, lapor laman berita NDTV semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Lebuh Raya Nasional 44 berhampiran kampung Mondigutta di daerah itu.

Treler tersebut mengangkut haiwan-haiwan buas itu dari Taman Biologi Sanjay Gandhi Patna ke Taman Negara Bannerghatta, Bengaluru.

Kenderaan itu membawa lapan ekor buaya, dua ekor gajah putih, dua harimau dan beberapa haiwan lain.

Ia merempuh tiang simen dan terbabas dari lebuh raya ke dalam hutan selepas pemandunya hilang kawalan.

Pegawai-pegawai hutan serta polis dengan pantas mengawal kawasan itu untuk mengelakkan perkara buruk daripada berlaku.

Pihak berkuasa menggunakan kren untuk mengangkat semula kenderaan itu, manakala pegawai berkata, semua haiwan selamat dalam nahas tersebut. – AGENSI

Tiada ulasan: