"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penguat kuasa disyaki terima suapan RM50,000 ‘payung’ pusat hiburan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang penguat kuasa ditahan untuk siasatan kerana disyaki menerima rasuah hampir RM50,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap sebuah pusat hiburan di ibu negara yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit.

Sumber berkata suspek lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

“Berdasarkan siasatan awal, pegawai penguat kuasa berkenaan sebelum ini telah menerima wang rasuah daripada ejen pusat hiburan terbabit yang didapati telah melakukan kesalahan undang-undang kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit yang sah.

Suspek kemudian telah menerima wang rasuah kira-kira RM50,000 yang diberikan secara tunai daripada ejen berkenaan, katanya.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Fauzi Husin mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya dirakamkan.

Tiada ulasan: