"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak bayar tunggakan gaji RM1.4 juta, pemilik kelab bola bergelar ‘Datuk’ ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United bergelar Datuk ditahan kerana ingkar perintah mahkamah membayar tunggakan gaji berbaki RM1.4 juta, pada 2018.

Tunggakan berkenaan membabitkan 46 pemain dan 12 pegawai kelab berkenaan.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan selepas selesai prosiding sebutan kes jenayah berkaitan satu kes penipuan lain di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Peguam mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan bola sepak itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak, berkata penahanan itu dilakukan mengikut perintah komital dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Februari lalu.

Katanya, mahkamah sama memutuskan bahawa individu itu perlu dipenjarakan selama seminggu atas kesalahan komital iaitu penghinaan terhadap perintah berkenaan.

“Mahkamah bagaimanapun memberi penangguhan selama dua minggu kepada individu itu bagi memberi peluang terakhir melunaskan tunggakan gaji tersebut.

Namun, dia bertindak mendiamkan diri dan hanya membayar RM600,000 setakat pertengahan 2023 dan semua tunggakan masih berbaki RM1.4 juta sehingga kini, katanya menurut Kosmo.

Beliau berkata, lelaki itu akan dibawa ke Penjara Kajang dan pihaknya turut akan memulakan tindakan jenayah di bawah kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kelak.

Tiada ulasan: