"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Diberi RM50,000 sebagai umpan sebelum ditipu menyebabkan kerugian RM690,000

Beri RM50,000 sebelum tipu suri rumah RM690,000

Bernama

KUANTAN: Suri rumah kerugian RM690,000 selepas terpedaya skim pelaburan tidak wujud dalam talian menjanjikan pulangan berganda.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata wanita berusia 42 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan diminta mendaftar dalam satu sistem, Julai lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah diberikan latihan oleh suspek untuk membeli saham melalui pautan diberikan pada Julai dan Ogos.

“Dalam tempoh 17 Julai hingga 14 Okt, mangsa telah melakukan 25 transaksi ke dua akaun bank yang diberikan suspek.

Mangsa kemudian telah menerima pulangan dalam anggaran RM50,000 dan melabur semula sehingga kerugian sebanyak RM690,000. Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri, katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

Tiada ulasan: