"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat 5 lelaki dengan kepala dipenggal

AFP

Mexico City: Lima mayat lelaki dengan kepala dipenggal ditemukan di barat negeri Jalisco, Mexico, semalam.

Pejabat pendakwa raya negeri mengesahkan, mayat ditemukan di dalam beg plastik hitam di perbandaran Ojuelos, timur laut Jalisco.

"Satu laporan diterima menunjukkan beberapa beg mengandungi mayat seperti manusia.

"Apabila tiba di lokasi, anggota Pengawal Kebangsaan menemui mayat lima lelaki tanpa kepala, hanya memakai seluar.

"Berdekatan, ditemukan satu lagi beg mengandungi seperti kepala mangsa," kata pejabat pendakwa raya.

Kata pejabat itu, forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengumpul bahan bukti lain.

Perbandaran Ojuelos bersempadan dengan bandar Lagos de Moreno, yang menjadi tempat kejadian beberapa pembunuhan mengerikan.

Salah satu kes paling terkenal membabitkan kehilangan lima anak muda pada 11 Ogos 2023, yang penyeksaan dan pembunuhan mereka kemudiannya dirakam dalam video sebelum disiarkan di media sosial.

Jalisco Nueva Generacion Cartel (CJNG), salah satu kumpulan penjenayah paling berkuasa dan ganas di Mexico dipertanggungjawabkan terhadap keganasan di Jalisco.

Sejak Januari hingga September lalu, 1,415 orang dibunuh di negeri Jalisco.

Di seluruh Mexico pula merekodkan, lebih 450,000 orang terbunuh dan puluhan ribu dilaporkan hilang sejak kerajaan mengerahkan tentera untuk memerangi pengedaran dadah pada 2006.

Minggu lalu, Datuk Bandar Chilpancingo, Guerrero, Alejandro Arcos, terbunuh dengan kepalanya dipenggal tidak sampai seminggu selepas memegang jawatan.

Tiada ulasan: