KOSMO
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan mengendalikan stereng kereta. - X
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia dikritik kerana membiarkan anak perempuannya yang berumur 5 tahun memandu kereta di jalan raya, lapor portal berita iNews.id semalam.
Rakaman dimuat naik di laman X oleh akaun @innovacommunity memaparkan kanak-kanak itu mengendalikan stereng sambil dipangku ibunya.
Bahkan, si ibu sempat mengarahkan anaknya untuk pusingkan stereng ke kiri atau kanan.
Menurut wanita itu, ia dilakukan di sekitar kawasan perumahan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3.2 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.
“Ini sangat berbahaya!” marah seorang netizen.
“‘Influencer’ bodoh! Kalau melanggar orang lain macam mana?” marah netizen lain. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan