KOSMO
Pesawat Cessna 545 terhempas dan meletup di sebuah pantai di Ubatuba, Brazil. - X
BRASILIA – Seorang juruterbang terbunuh, manakala empat penumpang terselamat selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan meletup di sebuah pantai di Brazil, lapor laman berita MailOnline.
Kejadian berlaku di Ubatuba, daerah Sao Paulo pada Khamis lalu.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pesawat Cessna 545 itu terbabas dari landasan yang basah dan menuju ke pantai semasa mendarat di Lapangan Terbang Ubatuba.
Ketua Jabatan Bomba Ubatuba, Karoline Magalhaes berkata, empat penumpang yang terselamat merupakan sepasang suami isteri dan dua anak mereka.
“Mereka dibawa ke Hospital Santa Casa de Ubatuba untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.
“Juruterbang mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Magalhaes.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Mineiros, negeri Goias dan menghadapi cuaca buruk di Ubatuba.
Tentera Udara Brazil berkata, Pusat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik telah dikerahkan untuk menjalankan siasatan. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan