"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 warga Malaysia antara yang maut dalam kejadian helikopter terhempas di Filipina

Buletin TV3 

MANILA: Seorang warga Malaysia dan seorang rakyat Filipina maut apabila sebuah helikopter yang membawa lima individu terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira dua jam di tenggara bandar ini, pagi tadi.

Pihak berkuasa memaklumkan helikopter itu terhempas di kawasan berumput dalam sebuah kawasan perumahan di pekan kecil berkenaan sekitar jam 7.27 pagi.

Pegawai polis wilayah Rizal, Ramjae Pangga berkata, dua penumpang iaitu seorang warga Malaysia dan seorang warga Filipina terkorban dalam nahas terbabit.

Datuk Bandar Pililla, John Masinsin pula memaklumkan juruterbang dilaporkan cedera parah.

“Tiga mangsa yang terselamat masih dalam keadaan terkejut, khususnya juruterbang.

“Mereka kini dalam perjalanan ke sebuah hospital tertiari di (Metro Manila), atas permintaan keluarga masing-masing,” katanya kepada AFP.

Dalam pada itu, Pangga berkata, pendaratan kecemasan itu terpaksa dilakukan kerana enjin helikopter hampir terhenti.

Siasatan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina sedang dijalankan. – AFP

Tiada ulasan: