"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebilangan jet perang Amerika terhempas di Kuwait

KOSMO
ASAP naik ke udara di kawasan lokasi Kedutaan AS di Bandar Raya Kuwait hari ini. – AFP
BANDAR RAYA KUWAIT – Sebilangan  pesawat perang Amerika Syarikat (AS) terhempas di Kuwait pagi tadi tetapi kru-krunya terselamat, kata kementerian pertahanan Kuwait, ketika Iran meneruskan hari ketiga serangan di Teluk.

“Sebilangan pesawat perang AS terhempas pagi ini. Mengesahkan bahawa semua kru terselamat,” kata seorang jurucakap kementerian pertahanan dalam satu kenyataan, sambil menambah,punca kejadian sedang disiasat.

“Pihak berkuasa segera memulakan operasi mencari dan menyelamat, memindahkan kru dan membawa mereka ke hospital untuk penilaian dan rawatan perubatan. 

Beliau menyatakan bahawa keadaan mereka stabil. – AFP 

Tiada ulasan: