"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu tunggal kahwin 2 lelaki serentak, terima mas kahwin RM250,000

KOSMO
Kik berkahwin dengan Roman dan Maggie dalam satu acara mengikut adat tradisional Thai. - Khaosod
BANGKOK – Seorang ibu tunggal di wilayah Buriram mengahwini dua lelaki dalam satu majlis yang diadakan serentak, lapor portal berita Must Share News semalam.

Duangduen Kesaro, 37, mengahwini dua lelaki dari Austria, Roman dan Maggie dalam satu acara mengikut adat tradisional Thai.

Wanita yang lebih dikenali sebagai Kik itu berkata, dia pada mulanya menjalin hubungan dengan Roman ketika melawat Austria.

Namun, selepas bertemu dengan Maggie yang merupakan rakan Roman, Kik menjalin hubungan cinta dengan lelaki itu yang kemudiannya direstui oleh Roman.

Ketiga-tiga mereka nekad melangsungkan perkahwinan sebagai ‘pasangan tiga serangkai’ yang turut disokong oleh keluarga dan anak-anak Kik.

Kik berkata, dia sedar ramai orang tidak dapat menerima hubungan tersebut.

“Namun bagi saya, jika semua pihak dan keluarga merestui, saya terima. Kami boleh hidup bersama dengan gembira tanpa mengganggu orang lain,” katanya.

Dalam perkahwinan tersebut, Roman dan Maggie membyar mas kahwin sebanyak 1 juta baht (RM125,000) setiap seorang kepada keluarga Kik. – AGENSI

Tiada ulasan: