"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami tikam lelaki mengurat isteri sebelum tarawih

KOSMO
Suspek ditahan selepas menikam seorang lelaki yang dikatakan mengorat isterinya. - Suandi
JAKARTA – Seorang suami di Mamuju, wilayah Sulawesi Barat ditahan selepas menikam lelaki yang didakwa cuba memikat isterinya, lapor portal berita Tribunnews.

Kejadian berlaku di Jalan Jenderal Gatot Subroto, Simboro ketika penduduk tempatan bersiap sedia untuk menunaikan solat tarawih kelmarin.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek dikenali sebagai FS, 30, menikam mangsa, MI, 29, dengan sebilah keris sepanjang 30 sentimeter.

Mangsa dikatakan duduk berdua-duaan dengan isteri suspek.

Suspek berulang kali menghubungi isterinya tetapi panggilan tidak dijawab sekali gus menimbulkan syak wasangka.

Ketua Perhubungan Awam Polis Mamuju, Inspektor Herman Basir berkata, mangsa mengalami kesan tusukan di empat bahagian badannya.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. – AGENSI

Tiada ulasan: