"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita terkejut, lelaki tidak dikenali tidur dalam bilik anak

KOSMO
Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki tidak dikenali sedang tidur nyenyak di dalam bilik. - TikTok
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila melihat seorang lelaki tidak dikenali tidur nyenyak di dalam bilik anaknya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) di Lumajang, wilayah Jawa Timur. 

Wanita itu berkata, dia terserempak dengan seorang lelaki pada pukul 10 (pagi waktu tempatan) semasa dalam perjalanan ke rumah kakaknya.

“Pintu depan tertutup, manakala pagar rumah separuh terbuka,” katanya. 

Selepas beberapa jam pulang ke rumah, dia terkejut apabila diberitahu bahawa seorang lelaki dewasa sedang tidur nyenyak di dalam bilik anaknya. 

Pemilik rumah segera memaklumkan perkara itu kepada penduduk tempatan. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @keday_bunna87 menunjukkan warga setempat mengejutkan lelaki itu sebelum dia beredar. 

“Bayangkan saya berada di dalam rumah bersama orang tidak dikenali selama tiga jam,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 4.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. – AGENSI

Tiada ulasan: