"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar pijak al-Quran seorang mualaf – Firdaus Wong

AMIR HAIKAL KAMARUDIN

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan individu yang sebelum ini dikaitkan dengan tindakan memijak al-Quran sebenarnya seorang muslim dan mualaf.

Menerusi hantaran di Threads, Firdaus mendakwa pemuda tersebut memeluk Islam pada 20 April tahun lalu dan menggunakan nama Muhammad Zain.

“Dia budak yang baik, sopan santun dan lembut tutur kata. Dia menghubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu ‘insist’ dan kejar saya untuk mengislamkan dia,” tulisnya.

Menurut beliau, pendedahan tersebut mengejutkan dirinya memandangkan tindakan memijak al-Quran mencetuskan kemarahan ramai pihak.

“Sejujurnya, saya terkejut. Apa yang berlaku kepada dirinya? Adakah dia dihasut, diprovok atau perkara lain? Saya juga ingin memahami dan membantu,” katanya.

Dalam hantaran sama, Firdaus memaklumkan pelajar institusi pengajian tinggi tersebut merupakan mualaf dan mengucap syahadah pada tarikh yang dinyatakan.- KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: