KOSMO

Seekor buaya berukuran 4.5 meter panjang hilang sejurus selepas serangan tersebut. - Agensi
JAKARTA – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun cedera parah akibat dibaham buaya ketika sedang mandi-manda di sebuah paya di Kota Bontang, wilayah Kalimantan Timur, lapor laman berita Tribunnews.
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa dikenali sebagai Abisar, berenang bersama rakan-rakannya di kawasan paya Selambai sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) ketika air pasang.
Menurut laporan, mangsa tidak menyedari bahaya yang akan datang ketika seekor buaya mengintai mereka.
“Ketika itulah mangsa diserang oleh buaya tersebut. Terdapat luka di leher dan kepalanya akibat gigitan serta di perutnya,” kata pegawai Kopolisian Masyarakat Loktuan, Aiptu Bambang Sumantri.
Katanya, penduduk yang menyaksikan kejadian itu segera memberikan bantuan dan memindahkan mangsa ke darat.
Menurut Bambang, buaya yang dianggarkan sepanjang sekitar 4.5 meter itu hilang sejurus selepas serangan tersebut.
Mangsa dirawat di unit rawatan rapi dan masih tidak sedarkan diri. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan