"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabul budak perempuan, hasil bahan penganiayaan seksual, Juruteknik tukar pengakuan kepada bersalah

Buletin TV3 
Muhammad Imran Abdullah, 29 menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tujuh pertuduhan amang seksual dan menghasilkan bahan penganiayaan seksual tiga kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun, dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen. – Foto NSTP
JOHOR BAHRU: Seorang juruteknik hari ini menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tujuh pertuduhan amang seksual dan menghasilkan bahan penganiayaan seksual melibatkan tiga kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun, dua tahun lalu.

Ketika didakwa kali pertama di mahkamah sama pada 19 Disember tahun lalu, Muhammad Imran Abdullah, 29, mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa atas empat pertuduhan melakukan amang fizikal, masing-masing satu pertuduhan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun tiga bulan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dua bulan, serta dua pertuduhan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Muhammad Imran, yang diwakili peguam Mohamed Imran Mohamed Sam dan Amar Ajwad Kalki, dituduh mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Bagi tiga pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual pula, dia mengaku bersalah merakam video ketiga-tiga mangsa yang sama dalam keadaan terdedah dan dituduh mengikut Seksyen 5 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sehingga enam kali sebat.

Juruteknik berkenaan didakwa melakukan kesemua jenayah itu dalam bilik tidur dan tepi rumah di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, antara jam 10.30 pagi hingga 11 pagi pada 5 April 2024. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin dan Nur Farah Wahida Shahudin.

Terdahulu pada 27 Februari lalu, Muhammad Imran juga menukar pengakuan kepada bersalah di mahkamah sama atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga bayi baru lahir berusia lima hingga tujuh hari, dua tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga seumur hidup dan boleh dihukum sebat.

Mahkamah menetapkan 13 Mac depan untuk mendengar fakta kes dan penjatuhan hukuman, sama dengan tarikh prosiding kes memperdagangkan bayi.

Tiada ulasan: