"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 lelaki diberkas polis selepas bertumbuk di dalam Balai Polis Meru

Ini betul-betul biadap, tak takut langsung pada polis
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my
Gambar tular di media sosial sosial yang memaparkan situasi pergaduhan di Balai Polis Meru. FOTO IHSAN PEMBACA
Gambar tular di media sosial sosial yang memaparkan situasi pergaduhan di Balai Polis Meru. FOTO IHSAN PEMBACA
Shah Alam: Tidak hormat anggota polis malahan berani bertindak memukul dan cuba menyerang polis di dalam balai.

Itu antara tindakan melampau lima lelaki yang diberkas polis selepas bertumbuk di dalam Balai Polis Meru, Klang di, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao mengesahkan insiden kekecohan dan pergaduhan itu membabitkan sekumpulan lelaki tempatan di balai polis itu kira-kira jam 9.40 malam.

"Siasatan awal mendapati, kejadian bermula apabila tiga lelaki tempatan hadir ke balai itu untuk membuat laporan polis. Namun, secara tiba-tiba mereka didatangi oleh lima lelaki lain.

"Situasi itu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pihak sehingga salah seorang daripada kumpulan lima lelaki itu bertindak memukul pengadu menggunakan sebatang besi.

"Kekecohan itu turut mengakibatkan kerosakan televisyen milik balai polis sebelum semua suspek melarikan diri dari lokasi itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu Vijaya berkata, pasukannya berjaya menangkap lima lelaki tempatan berumur 28 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan.

"Dalam kes ini, kejadian dipercayai berpunca perselisihan faham antara kedua-dua belah pihak.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan Dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

"Kesemua tangkapan ditahan reman selama tiga hari sehingga esok (5 Mac) bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.

Pada masa katanya, polis kini sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang sudah dikenalpasti.

Beliau berkata, polis memandang serius kejadian ini kerana kejadian itu membabitkan gangguan ketenteraman di balai polis.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara atau balai polis berhampiran," katanya.

Tiada ulasan: