"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua beradik ini hilang sejak 24 Februari

NOR SHAFAWATI YUP
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Seremban sejak 24 Februari lalu. - FOTO IHSAN POLIS
SEREMBAN – Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Seremban sejak 24 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, dua lelaki itu iaitu abang dikenali sebagai Rasfaiza Rashid, 43, serta adiknya Rasfaridzouan Rashid, 39, dan kedua-dua mereka yang beralamat di Taman Pulai Perdana dilihat kali terakhir keluar menaiki kereta Isuzu D-Max berwarna hitam nombor pendaftaran RBB 524 menuju ke Port Dickson.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklunat boleh berhubung dengan Ketua Balai Polis Sikamat, Inspektor Zailan Ahmad di takian 018-3186358 atau 06-7612222. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: