"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita warga asing maut dikelar pada leher

Ahmad Hasbi

NILAI: Seorang pekerja wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar pada bahagian leher di tangga tingkat empat, di sebuah asrama pekerja asing, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, susulan kejadian itu, pihaknya sedang mengenal pasti dan mengesan suspek serta saksi bagi melengkapkan siasatan.

Pada 11.21 malam kelmarin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima panggilan menerusi MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian itu.

“Pengadu memaklumkan seorang wanita warga asing berusia 30-an ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangga tingkat empat asrama berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Johari berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan kelar di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, pemeriksaan forensik oleh Bahagian Siasatan Forensik (D10) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan mendapati terdapat kesan kelar berulang pada leher mangsa menggunakan senjata tajam.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek juga sedang dikesan.

“Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh,” katanya.

Tiada ulasan: